Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bersukur kehadratNya kerana telah memberi diri ini
kesempatan untuk MENUNAIKAN IMPIAN yang selama ini terpendam. Walaupun pada
mulanya diriku ini kayu, gerak tariku pincang, namun berkat keinginan yang
menebal dalam diri ini akhirnya dapat ku alun gerak tari mengikut iramanya
(walaupun x sesempurna mana).
Terima kasih yang tidak terhingga kepada insan-insan yang
telah mengajarku. Keikhlasan kamu semua memberi tunjuk ajar kepada diriku dan
rakan-rakan yang lain tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Hanya ucapan
TERIMA KASIH mampu diri ini ucapakan. Ilmu yang diberi itu amat bererti bagi
diri ini walaupun ia hanya sekadar penyeri perjalanan hidup ini. Apa yang
mampuku gambarkan ilmumu umpama setitis warna sebuah lukisan, tampanya
hilanglah seri lukisan tersebut.
Baru sehari berlalu, aku terasa rindu untuk melakukannya
lagi. Mungkin banyak kenangan yang tidak mampuku lupakan sepanjang latihan dan
terutamanya pada hari pertandingan tersebut. Biarlah segalanya menjadi sejarah
dan kenangan yang PALING MANIS setakat diri ini berada di sini biarpun itu mungkin
tarian terakhirku buat kesekian kali. Walaupun diriku belum puas meraih ilmu
seni tari ini, namun aku terpaksa malepaskannya untuk membuka ruang kepada yang
lain pula. Mungkin sekirannya ada kesempatan dan kelapangan aku akan menyambung
impainku itu kembali.
Kepada semua rakan-rakan tariku (tardisional dan kreatif),
terima kasih kerana sudi menerima kehadiran diri ini dalam hidup kamu semua.
Maaf atas segala tingkah laku serta pertuturanku yang tidak disenangi. Ya,
mungkin diriku ini lambat untuk mesra dengan kalian semua, tapi sejujurnya aku SERONOK
bersama kalian sepanjang latihan hinggalah malam pertandingan. Kepada yang
ingin meneruskan legasi tarian ni, teruskanlah. Hanya Tuhan, dan sesama kita
sahaja yang tahu apa yang telah berlaku. Mungkin itu dapat menjadi bekalan
azimat buat kalian pada masa hadapan. Segalanya telah tertulis. Walaupun kita
layak namun diriNya tidak mengizinkan untuk kita capai, maka tidaklah
jawapannya. Setiap yang berlaku itu ada kebaikannya, ada hikmahnya.. Mungkin
bukan untuk kali ini... tidak mengapalah kerana kalian semua masih baru (tahun
1), banyak lagi masa untuk tahun-tahun mendatang. Kita dah buat yang TERBAIK,
dan LEBIH BAIK dari yang ada pengalaman dalam bidang ni.
Akhir kata, pengalaman ini tidak akan ku lupakan dan mungkin
suatu hari nanti aku akan RINDU dan TERSENYUM sendiri apabila teringat setiap
detik pengalaman ini...
Wassalam.....
No comments:
Post a Comment