Thursday 25 August 2011

AKAN KU CAPAI......


......FIRST KENA LANSAIKAN HUTANG PTPTN (kalau pmohonan lepas).....
......LEPAS TU, BELI KERETA IDAMAN KU......


...... BELI RUMAH DAN TANAH.....
........TUNAI HAJI DAN UMRAH......


.......DAN MACAM-MACAM LAGI......

PEKARA2 NI AKAN AKU CUBA CAPAI SETELAH AKU TAMAT PENGAJIAN DI UNIVERSITI KELAK...
TAPI SEKARANG, AKU PERLU TUMPUKAN PENGAJIAN YANG AKU BAKAL JALANI.
HUHUHU..... 
.......AKAN KU GEGARKAN UNUVERSITI INI


Wednesday 17 August 2011

ANDAI ADA PELUANG ITU SERIES 1

KALAU DITANYA ADAKAH AKU RINDU AKAN ZAMAN PERSEKOLAHAN DULU?
EMMMM MESTILAH AKU RINDU....
KALAU DITANYA PULA ADAKAH AKU MASIH INGAT ZAMAN ITU? 
JAWAPAN AKU PASTI AKU AKAN INGAT....
JIKA AKU DIBERI KESEMPATAN UNTUK KEMBALI KE ZAMAN ITU, APAKAH AKU MAHU?
YA, SUDAH TENTU AKU MAHU.....
JIKA DITANYA, APAKAH YANG AKAN AKU LAKUKAN SEKIRANYA AKU DIBERI KESEMPATAN UNTUK KEMBALI KE ZAMAN ITU, DAN KENAPA?
JAWAB AKU, PEKARA YANG AKU NAK LAKUKAN IALAH BELAJAR DAN DAPATKAN RANKING YANG TERBAIK SETIAP KALI EXAM... KENAPA?? YELAH KALAU DULU AKU TAHU APA YANG AKAN BERLAKU SEKARANG OR AKU ADA BUAT PERANCANGAN YANG JELAS TERHADAP MASA DEPAN AKU MESTI CITA-CITA AKU YANG DULU DAH AKU KECAPI...


EMMMMM..... ITULAH PERSOALAN YANG AKU SENDIRI SERING BANGKITKAN SETIAP KALI AKU TERKENANG ZAMAN PERSEKOLAHAN..... MASAKAN TIDAK, BANYAK PERISTIWA YANG AKU TAK DAPAT LUPAKAN SEMASA ZAMAN PERSEKOLAHAN AKU DULU... DENGAN KAWAN-KAWAN YANG PELBAGAI RAGAM DAN PERANGAI, CIKGU YANG BERMACAM KAREKTER.. HUHUHU RINDU  DENGAN SETIAP ‘MOMEN’ TU....
TAPI AKU BERKIRA NASIB BAIK JUGAK, SEBABNYA AKU MENEMPUH ZAMAN PERSEKOLAHAN NI LEBIH SEDIKIT BERBANDING SEGELINTIR RAKAN-RAKANKU YANG LAIN. YELAH AKU BERPELUANG BELAJAR DI ‘TINGKATAN 6’... ZAMAN PERSEKOLAHAN YANG PALING MENARIK BAGI DIRIKU.. ( kenyataan ni tak bermaksud zaman persekolahan aku yang lain tak menyeronokkan... seronok dan menarik jugak...)

OKLAH, NOW AKU NAK CERITA SETIAP INCI MEMORI ZAMAN SEKOLAHKU...
AKU MULA MENJEJAKKAN KAKI KE SEKOLAH KETIKA AKU BERUNMUR 6 TAHUN (1997)... YELAH SEKOLAH TADIKA.... KETIKA TU MANA ADA LAGI PRA SEKOLAH DI KAWASAN KEDIAMAN AKU.. AKU DITEMPATKAN  DIKELAS ORKID.... INGAT LAGI AKU PADA HARI PERTAMA AKU DIDAFTARKAN... HUHUHU MENANGIS BAGAI NAK GILA... HABIS MAK AKU, TERPAKSALAH TUNGGU SAMPAI AKU TAMAT SESI PERSEKOLAHAN WAKTU TU... LAMA JUGAKLAH AKU NAK BIASAKAN DIRI UNTUK BERADA DALAM SITUASI ITU.. TAPI DALAM BANYAK-BANYAK PERISTIWA SEMASA DI TADIKA, ADA SATU PERISTIWA NI AKU TAK BOLEH LUPA SAMPAI BILA-BILA... PERISTIWA ‘MELALAKKAN’ ANAK ORANG... MASA TU HARI KAMI SEMUA BERSENAM... DAN PERMAINANA YANG KAMI MAIN HARI TU PULAK IALAH ‘LUMBA RODA’.. ALAH... PERMAINAN YANG MENGGUNAKAN RODA BASIKAL TU.... HAAAA... INGAT TAK??? NAK DI PENDEKKAN CERITA AKU PON JOIN SEKALILAH GAME TU, SAMPAI TURN AKU AKU PAON HANDEL ARE RODA TU, ENTAH MACAM MANA TAH, AKU BOLEH PULAK TEROVER LEPAS TU TERLAJAK DAN TERLANGGA ANAK DARA ORANG.... MELALAK ARE BUDAK TU... CUAK AKU BILA BUDAK TU MELALAK....  HUHUHU... NASIB-NASIB....

HABIS SEKOLAH TADIKA AKU MELANJUTKAN PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH... SEMASA DARJAH SATU AKU MASUK DUA KELAS DALAM SETAHUN(1998)..... KAU ADA???? HIHIHI... MULA-MULA AKU DITEMPATKAN DI KELAS ‘BAKTI’... ENTAH KENAPA NAK DEKAT HUJUNG TAHUN GITU, KELAS TU DIBUBARKAN..... JADI AKU DITUKARKAN KE KELAS ‘USAHA’... SAMPAILAH AKU DARJAH 3, AKU DIKELAS YANG SAMA.... EMMM DARI DARJAH 1 SAMPAI DARJAH TIGA TAK BANYAK MEMORI YANG AKU INGAT.. TAPI KALAU CIKGU-CIKGUNYA, HAAA... SAMPAI SEKARANG AKU TAK BOLEH LUPAKAN ... CIKGU-CIKGUNYA SEMUA GARANG-GARANG.. TERUTAMANYA CIKGU BI DENGAN AGAMA.. SETIAP KALI MASUK KELAS MASA CIKGU NI JE AKU DAH ‘KECUT’... ADALAH SATU STORY NI MASA TU AKU DARJAH 3, ADALAH SATU SOALAN DARI SUBJEK AGAMA NI AKU TERSALAH BUAT JAWAPAN.. ENTAH KENAPA TAH CIKGU AKU MASA TU NAIK ANGIN SAMPAI TAK BOLEH NAK COVER, DI CAPAINYA PEN MERAH DIA, DAN DIA TOREH MUKA AKU... HUHUHU ABIS HILANG KEHENSEMAN AKU MASA TU... HAHAHAHAHA.... APA BOLEH BUAT DAH NASIB BADAN... TERIMA JELAH... 
 
ABIS DARJAH 3(SESI PETANG) AKU MASUKLAH DARJAH 4(SESI PAGI)... EMMMM DI DARJA 4 NI AKU DAH TUKAR KELAS, DISEBABKAN PRESTASI AKADEMIK AKU MEROSOT AKU TURUNLAH ‘TAHTA’ DARI KELAS ‘USAHA’ AKU KE KELAS ‘TEKUN’... SAMPAILAH AKU DARJAH 6 AKU DIKELAS YANG SAMA... MASA NILAH AKU PUNYA KEDEGILAN TERSERLAH (TAPI KEJAP JE)... MULA CUBA-CUBA MEROKOK, DAN LAIN-LAIN... TAPI NIKMAT MEROKAK TU KEJAP JE... DALAM BEBERAPA BULAN AKU DAH BERHENTI DAH SAMPAILAH SEKARANG... TAPI SEPANJANG AKU DI SEKOLAH RENDAH NI PALING BEST SEKALI IALAH SETIAP TAHUN NAMA AKU MESTI ‘NAIK’.... NAIK SEBAB APA??? NAIK SEBAB GIGI..... HUHUHU YELAH SETIAP KALI ADA PEMERISAAN GIGI, NAMA AKU MESTI TAK LEPAS DIPANGGIL... APALAH NASIB... ADALAH SATU KETIKA(DARJAH 5 KALAU TAK SILAP) AKU DAN KAWAN-KAWAN DIMAKLUMKAN HARI TU ADA NURSE DATANG NAK PEREKSA GIGI... APA LAGI AKU DENGAN MEMBER AKU BERIA-IA PI PAIP SEKOLAH BERKOMOH... HARAPNYA LEPASLAH NANTI... HUHUHU TAPI HAMPEH... SANGKUT JUGAK... KALAU TAK TAMPAL, CABUT... TUJELAH EVERY YEAR... TAPI DALAM MACAM TU PON AKU AKTIF JUGAK DENGAN AKTIVITI KOKO NI(WALAU PON TAK SEBERAPA) AKU DULU ADALAH TRY GIMNASTIK, JADI PELARI 100 MITER(RUMAH SUKAN JELAH), JADI PENGAWAS ‘SPBT’, DAN PALING BEST DAPAT ANUGERAH ‘GANGSA’ BAGI PROGRAM NILAM(ENTAH BILA AKU PINJAM DAN BACA BUKU PON AKU TAK TAHU).... 

HUHUHU... STAKAT NI DULU CERITA AKU, TAPI TUNGGU SAMBUNGAN STORY NI YA.....

Monday 8 August 2011

500 TAHUN TIDAK REPUT !!!!! ( BUMI DIMAMAH USIA)

MENURUT perangkaan, rakyat Malaysia membuang sumber kitar semula bernilai RM476 juta dua tahun lalu. Selain kertas yang mencatat pengeluaran sisa terbanyak iaitu 17 peratus atau RM205 juta, sumber buangan kedua terbesar ialah plastik iaitu 9 peratus atau RM163 juta.
Keadaan yang sama disaksikan di Britain tahun demi tahun apabila berbilion helai plastik dibuang sewenang-wenangnya walaupun baru sekali digunakan. Ingat, untuk setiap lima minit sehelai beg plastik dipakai tetapi mengambil masa 500 tahun untuk mereput!
Dalam satu kajian, dirumuskan 36 peratus daripada mereka yang ditemu ramah mengakui membuang beg plastik selepas digunakan sekali.
Secara purata, seorang individu menggunakan hampir lapan keping beg plastik seminggu. Bagaimana pula dengan anda?
Beg plastik yang terbuang biasanya meninggalkan pemandangan kurang enak di atas pokok, jalan raya, taman-taman, tasik, sungai dan tempat awam lain.
Di samping mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, ia memudaratkan kesihatan manusia dan hidupan lain termasuklah haiwan dan tumbuhan.

BEG plastik yang hanyut ke laut membunuh penyu dan haiwan marin.

Beg plastik yang hanyut ke laut pula turut membunuh kelompok penyu dan haiwan marin kerana menyangkakan ia adalah obor-obor.
Pengeluaran, pembuangan dan pereputan beg plastik juga bukan semudah yang disangka. Ia secara langsung menyumbang kepada pembentukan gas rumah hijau yang memberi kesan kepada pemanasan global.
Di kebanyakan negara termasuklah Ireland, sehelai beg plastik biasa memaparkan cukai kerajaan yang bernilai 15 sen Euro atau 47 sen.
Perkara yang sama dapat dilihat di negara bukan ahli Kesatuan Eropah seperti di Crotia dalam usaha untuk mengawal jumlah penggunaan beg tersebut.
Pasar raya di Perancis mempraktikkan peraturan yang lebih drastik apabila tidak menggunakan beg plastik langsung.
Ia hanya menjual beg kitar semula yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Pendekatan ini bukan sahaja menjadi insentif untuk memaksa individu menggunakan beg kitar semula bahkan membantu menyelamatkan bumi.
IMPLIKASI limpahan plastik menghodohkan pemandangan sekeliling.

Benarkah pengurangan beg plastik dapat membawa perubahan? Pada 30 April 2007, sejarah pemuliharaan alam merekodkan pencapaian yang amat bermakna kepada manusia sejagat.
Modbury di Devon, England menjadi bandar pertama di dunia bebas daripada beg plastik di Eropah.
Matlamat ini direalisasi berikutan pendedahan Rebecca Hoskins, seorang jurugambar haiwan liar yang menceritakan semula kesan pencemaran alam ke atas haiwan. Semua peniaga secara bersepakat untuk bertukar kepada kertas kanji jagung, kapas dan kain.
Selepas enam bulan, lebih daripada sedozen bandar dan perkampungan lain mengikut amalan yang sama.
Jadi, mulakan sekarang dengan memeriksa sama ada beg plastik yang anda pegang mempunyai label pensijilan ISO 14001 untuk bahan kitar semula.

KEMPEN tidak menggunakan beg plastik adalah salah satu cara menyelamatkan bumi.
 
 
credit to:  http://mazlan66.wordpress.com/2008/04/19/500-tahun-tidak-reput/