Tuesday 23 October 2012

KEMENANGAN DALAM KEKALAHAN....... (Nukilan kali ini khas ditujukan kepada SEMUA yang terlibat dalam FESTARI 2012)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bersukur kehadratNya kerana telah memberi diri ini kesempatan untuk MENUNAIKAN IMPIAN yang selama ini terpendam. Walaupun pada mulanya diriku ini kayu, gerak tariku pincang, namun berkat keinginan yang menebal dalam diri ini akhirnya dapat ku alun gerak tari mengikut iramanya (walaupun x sesempurna mana).

Terima kasih yang tidak terhingga kepada insan-insan yang telah mengajarku. Keikhlasan kamu semua memberi tunjuk ajar kepada diriku dan rakan-rakan yang lain tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Hanya ucapan TERIMA KASIH mampu diri ini ucapakan. Ilmu yang diberi itu amat bererti bagi diri ini walaupun ia hanya sekadar penyeri perjalanan hidup ini. Apa yang mampuku gambarkan ilmumu umpama setitis warna sebuah lukisan, tampanya hilanglah seri lukisan tersebut.
Baru sehari berlalu, aku terasa rindu untuk melakukannya lagi. Mungkin banyak kenangan yang tidak mampuku lupakan sepanjang latihan dan terutamanya pada hari pertandingan tersebut. Biarlah segalanya menjadi sejarah dan kenangan yang PALING MANIS setakat diri ini berada di sini biarpun itu mungkin tarian terakhirku buat kesekian kali. Walaupun diriku belum puas meraih ilmu seni tari ini, namun aku terpaksa malepaskannya untuk membuka ruang kepada yang lain pula. Mungkin sekirannya ada kesempatan dan kelapangan aku akan menyambung impainku itu kembali.

Kepada semua rakan-rakan tariku (tardisional dan kreatif), terima kasih kerana sudi menerima kehadiran diri ini dalam hidup kamu semua. Maaf atas segala tingkah laku serta pertuturanku yang tidak disenangi. Ya, mungkin diriku ini lambat untuk mesra dengan kalian semua, tapi sejujurnya aku SERONOK bersama kalian sepanjang latihan hinggalah malam pertandingan. Kepada yang ingin meneruskan legasi tarian ni, teruskanlah. Hanya Tuhan, dan sesama kita sahaja yang tahu apa yang telah berlaku. Mungkin itu dapat menjadi bekalan azimat buat kalian pada masa hadapan. Segalanya telah tertulis. Walaupun kita layak namun diriNya tidak mengizinkan untuk kita capai, maka tidaklah jawapannya. Setiap yang berlaku itu ada kebaikannya, ada hikmahnya.. Mungkin bukan untuk kali ini... tidak mengapalah kerana kalian semua masih baru (tahun 1), banyak lagi masa untuk tahun-tahun mendatang. Kita dah buat yang TERBAIK, dan LEBIH BAIK dari yang ada pengalaman dalam bidang ni.
Akhir kata, pengalaman ini tidak akan ku lupakan dan mungkin suatu hari nanti aku akan RINDU dan TERSENYUM sendiri apabila teringat setiap detik pengalaman ini...
Wassalam.....