Monday 31 December 2012

BISIKAN TAHUN 2013- IMPIAN ATAU KHAYALAN?


ASSALAMUALAIKUM...

Dalam Sedar Tak Sedar Tahun 2012 Sudah Pon Menutup Tirainya...
Banyak Suka Dan Duka Yang Berlaku Sepanjang Tahun 2012 Ni...
Banyak Kenangan Yang Tidak Mampu Dilupakan...
Langkah Aku Pun Akan Lebih Banjang Dan Jauh Lagi Untuk Tahun 2013 Ni...

Mungkin Tahun 2013 Ni Aku Tidak Memasang Apa-Apa Niat Yang Khusus...
Sebab Untuk Tahun 2013 Ni Aku Akan Ikut Jer Flow Kehidupan Ku...
Semestinya Kearah Kebaikanlah...

Mungkin Aku Tidak Merancang Hari Ni...
Mana Tau Tiba-Tiba Allah Nak Bagi Rezeki Dan Ilham Mugkin Ketika Itu Aku Akan Mula Untuk Merancang Masa Depan...

Aku Akan Cuba Mengikut Perubahan  Semasa...
Mengikut Aliran Yang Allah Sediakan...
Sebab Jalan Yang Allah Sediakan Ni Merupakan Jalan  Yang Aku Perlu...
Yelah, Allahkan Memberi Mahluknya Apa Yang Diperlukan, Bukannya Apa Yang Mahluknya Inginkan...

Cara Terbaik Untuk Melalui Hidup Ni Dengan Menerima Apa Sahaja Yang Allah Beri...
Disamping Berdoalah... 
Sebab Doakan Senjata Orang Mukmin... 
Aku Akan Cuba Untuk Membayangkan Apa Yang Boleh Aku Capai Pada Masa Depan... 
Memasang Angan-Angan Yang Mampu Aku Capai Dan Nikmati Didunia Ni Dan Menyediakan Bekalan Untuk Kenikmatan Diakhirat Kelak...



Tuesday 23 October 2012

KEMENANGAN DALAM KEKALAHAN....... (Nukilan kali ini khas ditujukan kepada SEMUA yang terlibat dalam FESTARI 2012)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bersukur kehadratNya kerana telah memberi diri ini kesempatan untuk MENUNAIKAN IMPIAN yang selama ini terpendam. Walaupun pada mulanya diriku ini kayu, gerak tariku pincang, namun berkat keinginan yang menebal dalam diri ini akhirnya dapat ku alun gerak tari mengikut iramanya (walaupun x sesempurna mana).

Terima kasih yang tidak terhingga kepada insan-insan yang telah mengajarku. Keikhlasan kamu semua memberi tunjuk ajar kepada diriku dan rakan-rakan yang lain tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Hanya ucapan TERIMA KASIH mampu diri ini ucapakan. Ilmu yang diberi itu amat bererti bagi diri ini walaupun ia hanya sekadar penyeri perjalanan hidup ini. Apa yang mampuku gambarkan ilmumu umpama setitis warna sebuah lukisan, tampanya hilanglah seri lukisan tersebut.
Baru sehari berlalu, aku terasa rindu untuk melakukannya lagi. Mungkin banyak kenangan yang tidak mampuku lupakan sepanjang latihan dan terutamanya pada hari pertandingan tersebut. Biarlah segalanya menjadi sejarah dan kenangan yang PALING MANIS setakat diri ini berada di sini biarpun itu mungkin tarian terakhirku buat kesekian kali. Walaupun diriku belum puas meraih ilmu seni tari ini, namun aku terpaksa malepaskannya untuk membuka ruang kepada yang lain pula. Mungkin sekirannya ada kesempatan dan kelapangan aku akan menyambung impainku itu kembali.

Kepada semua rakan-rakan tariku (tardisional dan kreatif), terima kasih kerana sudi menerima kehadiran diri ini dalam hidup kamu semua. Maaf atas segala tingkah laku serta pertuturanku yang tidak disenangi. Ya, mungkin diriku ini lambat untuk mesra dengan kalian semua, tapi sejujurnya aku SERONOK bersama kalian sepanjang latihan hinggalah malam pertandingan. Kepada yang ingin meneruskan legasi tarian ni, teruskanlah. Hanya Tuhan, dan sesama kita sahaja yang tahu apa yang telah berlaku. Mungkin itu dapat menjadi bekalan azimat buat kalian pada masa hadapan. Segalanya telah tertulis. Walaupun kita layak namun diriNya tidak mengizinkan untuk kita capai, maka tidaklah jawapannya. Setiap yang berlaku itu ada kebaikannya, ada hikmahnya.. Mungkin bukan untuk kali ini... tidak mengapalah kerana kalian semua masih baru (tahun 1), banyak lagi masa untuk tahun-tahun mendatang. Kita dah buat yang TERBAIK, dan LEBIH BAIK dari yang ada pengalaman dalam bidang ni.
Akhir kata, pengalaman ini tidak akan ku lupakan dan mungkin suatu hari nanti aku akan RINDU dan TERSENYUM sendiri apabila teringat setiap detik pengalaman ini...
Wassalam.....


Saturday 5 May 2012

...harga sebuah cinta...


~AKU REDA JIKA INI TAKDIRNYA~
Hatinya remuk tatkala mendengar perkhabaran bahawa wanita yang dicintainya kini telah bernikah dengan lelaki lain. Perasaan sayangnya yang mekar kepada wanita tersebut kini layu. Hatinya kini luluh bagai kelopak mawar yang layu bercerai dari tangkainya. Tatkala ini dia terbayang akan wajah “kekasih” hatinya itu sedang bahagia bersanding di atas pelamin indah. Buat pertama kalinya pada waktu itu... air mata lelakinya gugur menyembah bumi...
“arhhhh... kenapa... kenapa kau buat aku macam ni Ana... kenapa...” jerit adam sambil menumbuk dinding biliknya.
“5 tahun Ana... 5 tahun aku tunggu kau... mana janji-janji kau pada aku dulu Ana.. mana...” bentak adam lagi...
Adam melulu ke almarinya... mencari semua barang kenangannya bersama Ana... gambar... surat... kad ucapan dan hadiah pemberian Ana sewaktu ulang tahun kelahirannya lalu... semuanya dikumpulkan dalam satu kotak...
“aku sayangkan kau Ana... kenapa Ana... kenapa kau buat aku macam ni Ana... kau dusta Ana... kau dusta... apa salah aku Ana... sampai hati kau sanggup buat aku begini Ana...” jerit Adam sambil menatap gambar Ana.
“kenapa ana... kenapa kau tak berterus terang saja dengan aku... aku tunggu kau Ana... menunggu kau seperti yang telah kita janjikan dulu...” sambung Adam lagi sambil meletakkan kembali gambar Ana kedalam kotak.
Lalu adam  membawa kotak itu keluar dari rumah bujangnya... di satu kawasan lapang di tepi rumahnya... Adam membakar semua bukti kenangannya bersama Ana.
Selepas itu Adam memacu keretanya ke satu kawasan yang sering dikunjunginya ketika menghadapi masalah... kawasan yang nyaman bagi dirinya... kawasan itu seperti sahabatnya dikala duka... menjadi peneman duka laranya... dikawasan itu jugak Adam selalu memuhasabah dirinya... untuk melerai kekusutannya. Sedang Adam merenung langit malam yang berbintang cerah... berteman kekecewaannya tiba-tiba Adam berkata...
“Ya Allah... aku kesal diatas perbuatan aku selama ini Ya Allah... mungkin ini balasan diatas perbuatan ku selama ini Ya Allah... ampunkan aku Ya Allah...” 
Sekali lagi berguguran air mata Adam... air mata keinsafan diatas kelalaiannya terhadap Maha Penciptanya.
“Aku sedar Ya Allah... aku bukan ditakdirkan untuknya... dan dia bukan ditakdirkan untuk  memiliki rusuk kiriku... aku reda Ya Allah... aku reda jika ini takdir_Mu buat diriku ini.” Lerai air mata Adam tatkala meluahkan kata-kata itu....

Sunday 26 February 2012

TANPAMU.... AKU TERUSKAN....

Assalamualaikum... Nukilan Aku Pada Kali Mungkin Agak Berbeza Sikit.... Tapi Still Berlandaskan Suntikan Emosi, Perasaan, Dan Pengalaman.... Kali Ini Aku Nak Story Sikit Tentang Perasaan Aku Tentang Kasih Sayang Seorang Insan Yang Bergelar Bapa, Ayah, Abah, Walid, Abi, Papa, Daddy Dan Yang Sewaktu Dengannya........
Mungkin Agak Pelik Are Sikit Kenape Aku Nak Story About Insan Yang Amat Bererti Ni... emmm.. MUNgkin Sebab Inspirasi Kot... Hahahahaha.... Or Aku Nak Memberitahu Bertapa Bernilainya Insan Ini Kepadaku.... Or Nak Memberi Kekuatan Kepada Sesiape Saje Yang Mungkin Sekarang Ni Ayah Or Abahnya Sedang Diduga Oleh Yang Maha Kuasa....
Andai Hari Ni Abah Ada.... Mgkin Dia Agak Berbangga Dengan Diriku... Sebab Aku Dapat Menjejakkan Kaki Kat Universiti Dan Mgkin Dia Jugak Yang Akan Menghantar Aku Sewaktu Hari Pendaftaran Dulu... Andai Abah Ada Hari Ni.... Mungkin Dapat Aku Berjemaah Dengan Dia.. Dan Pergi Menunaikan Solat Jumaat Bersama.... Andai Abah Ada..... Tapi... Mungkin Aku Perlu Reda Walaupun Aku Tak Seteguh Karang Dilautan Yang Mampu Mengharungi Badai Ujian Tuhan Ketika Itu....
Abah Pergi Meninggalkan Aku Dan Family Pada Tanggal 26.Feb.2006 Bersamaan Hari Ahad... Ya... Hari Ni 26.Feb.2012 Bersamaan Juga Hari Ahad... Hari Dan Tarikh Yang Sama Abah Di Jemputnya 6 Tahun Yang Lalu..... Sedih??? Emmm Kau Rasa??? Mgkin Yang Dah Mengalaminya Tau Ape Yang Aku Rasa... 
Pemergian Abah Tlah Mnjadikan Aku Lebih Kuat Untuk Mgharungi Kehidupan Aku Kini.... Pemergian Abah Jugak Menjadikan Aku Lebih Menghargai Bapa2 Yang Berada Diluar Sana... Pemergian Abah Jugak Menjadikan Aku Bertekad Untuk Menjadi Seorang Bapa Yang Terbaik Di Diunia Ini.... Pemergian Abah Jugak Menjadikan Aku Bertekad Untuk Menamatkan Apa Yang Telah Aku Mulakan Walaupon Tanpa Sokongan Abah Dibelakangku...




...Gambar kenangan raya tahun 2007 bersama 'abah'
        ....Gambar kenangan raya 2011 tanpa 'abah'...

Wednesday 8 February 2012

TABAH, REDA DAN KUAT MENEMPOH UJIAN_NYA DUHAI SAHABATKU....

SALAM.... MACAM-MACAM YANG BERLAKU SEPANJANG CUTI SEM AKU KALI NI... TETAPI YANG PALING MENDEBARKAN APABILA AKU TERIMA 2 BERITA YANG MENGEMPARKAN DARIPADA 2 ORANG SAHABAT AKU.. FIRST, CERITA BAPAK KEPADA KOS MATE AKU DIKHABARKAN KOMA.... TAK TAULAH SEKARANG NI BAGAIMANA KEADAANNYA...AKU TAK TAU NAK BAGI KATA2 PERANGSANG APE KAT KAWAN AKU NI SELAIN DARIPADA SURUH BERSABAR DAN BANYAK2KAN BERDOA UNTUK BAPAKNYA TU.... WALAUPON AKU ADA PENGALAMAN KEHILANGAN ORANG YANG AKU SAYANG.. TAPI SITUASINYA AGAK BERBEDA DENGAN SAHABATKU INI.... APA YANG MAMPU AKU LAKUKAN IALAH MENDOAKAN YANG TERBAIK BUAT BAPANYA ITU.... SEMOGA BAPANYA SEDAR DARI KOMA DAN SIHAT SEPERTI SEDIAKALA.... APA YANG BERLAKU KEPADA SAHABAT AKU NI MUNGKIN ADA HIKMAH DISBALIKNYA.. BENAR KATA2 CIKGU AKU KAT SEKOLAH... ALLAH TAK AKAN MENURUNKAN SESUATU UJIAN YANG BERAT KEPADA HAMBA-NYA SEKIRANYA HAMBA-NYA TU TAK KUAT UNTUK MENGHADAPINYA..... INGATLAH SESUNGGUHNYA SETIAP UJIAN YANG ALLAH UJI SEKIRANYA DIHAPAPI DENGAN PENUH KESABARAN DAN REDA KEPADA-NYA INSYA_ALLAH ALLAH AKAN MERINGANKAN BEBAN HAMBANYA ITU... APA YANG AKU HARAPKAN SEMOGA UJIAN YANG SAHABAT AKU DAN FAMILY DIA TEMPOH NI BERAKHIR DENGAN SESUATU YANG INDAH DAN MENGEMBIRAKAN.. AMIN... 
SEMALAM PULAK AKU TELAH DIKEJUTKAN DENGAN BERITA YANG JUGA MENDUKACITAKAN... IAITU ABANG KEPADA SAHABAT SEKOLAH AKU KEMALANGAN... DAN AKU MENEMANI SAHABAT AKU NI KE HOSPITAL... MULA2 AKU INGAT KEADAAN ABANG DIA TAK ARE BERAPA TERUK... TAPI AGAK PARAH JUGA KEADAANNYA... PUNCA KEMALANGAN AKU PON TAK BERAPA NAK PASTI... KINI ABANG SAHABAT AKU NI BERADA DI ICU.... SEMPAT ARE JUGAK AKU MELIHAT KEADAANNYA.... TAK TAU AKU NAK GAMBARKAN BAGAIMANA... TAPI AKU DOAKAN KEADAANNYA STABIL DAN SEDAR ARE DARI KOMA... SEMOGA DIA KEMBALI SIHAT SEPERTI SEDIAKALA.. AMIN... APA YANG AKU BOLAH NAK KATAKAN KEPADA SEMUA... MALANG MEMANG TAK BERBAU, JADI KITA PERLU ARE BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU OR MENUNGGANG DI JALAN RAYA... MEMANG KITA TAK MENJANGKAKAN KEJADIAN BURUK AKAN MENIMPA DIRI KITA.... INGAT ARE SELOGAN JALAN RAYA... PANDU CERMAT JIWA SELAMAT... DAN INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG... AKU PON MENDOAKAN AGAR SAHABAT AKU NI DAN FAMILY DIA JUGA TABAH, SABAR DAN REDA DENGAN KEJADIAN INI.... SEMOGA SEGALA DOA YANG BAIK BUAT ABANG SAHABAT AKU NI DI PERKENANKAN OLEH_NYA.. AMIN


AKU SELITKAN KAT SINI SEDIKIT PANDUAN:
Bagaimana Melayani Pesakit Koma
Sepanjang menghadapi saat-saat genting begini, sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan sangat membantu. Pesakit sudah tidak berdaya dan mereka memerlukan rawatan istimewa dan sokonganyang padu. Di sini adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan jika berada di dalam situasi ini;
  • Bercakap dengan pesakit dengan nada suara yang biasa. Anda tidak perlu mengeraskan suara. Pesakit mungkin mendengar suara anda, walaupun mereka tidak memberi respon. Bicarakan dengan mereka perkara-perkara biasa yang selalu ia lalui sebelum itu. Tentang masa, tentang keluarga, dan kisah-kisah manis yang pernah dikongsi bersama.
  • Sentuh dan belai mereka. Sentuhan anda tidak akan menyakitkan mereka. Anda boleh membantu jururawat menggosok belakang badan pesakit sambil anda berbiara dengannya. Sentuhan ini akan lebih meransang sarafnya untuk kembali aktif.
  • Pasangkan muzik yang pesakit suka dengar dan mendamaikan, atau bacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Lantunan irama berupaya menggetarkan mindanya, dan mungkin sangat membantu.
  • Bawa bersama-sama anda gambar keluarga dan labelkan nama-nama pada gambar tersebut. Apabila pesakit membuka mata, ia mungkin masih keliru, tetapi gambar ini membantu ia mengingat kembali.
  • Anda boleh meransang pesakit dengan menyemburkan wangian yang ia suka di bilik rawatan.
Melakukan banyak rangsangan seperti di atas mungkin boleh membantu. Namun, jika terlalu kerap, pesakit mungkin tidak dapat mengenalpasti dengan baik. Terlebih ransangan bleh menyebabkan pesakit letih, dan mula bernafas dengan pantas. Jika ini berlaku, anda boleh meninggalkan bilik pesakit dan biarkan ia berehat seketika.



Wednesday 11 January 2012

DALAM SEDAR DAN LENA....

“EH.... DAH NAK ABIS DAH????”

Assalamualaikum semua... dah lama tak update blog ni... rindu pulak terasa di hati ini... hehehehehe
Perjalanan aku kat UPM untuk sem 1 ni dah nak sampai penghujung dah... nanti dalam pertengahan bulan February (maybe 20hb ke atas kot) dah nak bukak buku baru untuk sem 2 pulak... hehehehe..... Macam baru semalam je berada kat UPM ni rupa-rupanya dah nak abis dah satu episode kehidupan aku sebagai student (mahasiswa) university... 15/jan. ni akan aku tinggalkan UPM selama sebulan untuk menenangkan fikiran dan ‘mengecas’ semula energy n ‘servis’ smula otak ku agar untuk sem 2 nanti aku dah ready untuk berjuang lagi...
Naik je sem 2 nanti ada satu program yang aku n kawan2 kena uruskan... bukan itu je banyak lagi aktiviti2 dan program kolej dan U yang akan terhidang kepada pelajar..... hehehehe... Insha’Allah  sem 2 nanti aku akan amek koko_bakti siswa (baksis)... hehehe x sabar pulak nak buat amal.... emmm...
Hari ni(8/jan) aku gan 2 orang kawan aku p are kluar makan2... hahaha habis 1 U ktaorang tawaf  gara2 pantu pgar kat fakulti yang mghubgkan U dgan flat ikan dah tutup (sbb gate bukak smpai pkul 2 je).... dah are ada blaku kejadian tumpah gula kat ABC aku.... bjalan are kaki ktaorang.... hehehehehe
Dan hari ni jugak aku sedar (sbnarnya dah lame dah sedar), UPM ni besar rupanye.... banyak lagi tempat2 yang aku blom teroka... lagi2 hutan simpan UPM.... bila are nak p... dgar kate cantik... n lagi satu ada satu pokok ni... pokok glamour (x tau mana satu yang btol... ada yang panggil pokok setan, ada yang panggil pokok sebatang dll) mana x glamournya pokok ni.. banyak penggambaran filem n drama d lakukan kat pokok ni... antaranya lagenda budak setan... ari 2 dah p dah... tapi dgar kate salah pokok... pokok yang ktaorang p 2, x brapa nak glamour sgat... hahahaha.. boleh???
Antara kawasan yang aku dah terjah kat UPM ni, padang golf (berlambak bola golf yang x dkutip kat situ), bukit expo, fakulti prubatan (skali gan kolej kebanggaan UPM -k17), fakulti pengajian alam sekitar (hehehehe), ladang ternakan (banyak lembu.. bsar2... rusa pon ada) n banyak lagi tampat2 yang menarik untuk dilawati di UPM (macam iklan Kementerian Perlancongan Malaysia pulak).... x rugi menjadi student UPM.... banyak tempat reless tnsion... x pe.. aku ada lagi baki 7 sem di sini... Insha’Allah sempat untuk aku teroka UPM ni... tapi dlam banyak2 tempat kat UPM ni aku bgitu tertarik dgan MASJIDnya... tak tau kenape... tapi aku suke sangat... kalau stiap kali lalu je kat masjid mesti aku nak pndang.. kalau aku berada kat KAA, tiba je waktu solat, mesti aku nak solat kat masjid ni... mgkin dalam sebulan nanti (cuti sem) antara benda o pekara yang aku paling rindu kat UPM ialah MASJIDnya.... mungkin....
Untuk sem 1 ni aku x mgharapkan apa2 sangat... cukup are stakat aku lulus smua subjek yng aku amek sem 1 dengan cemerlang... sbb bagi aku sem 1 ni adalah pengenalan aku kepada cara hidup sebagai seorang student U (al-maklumlah 13 tahun menjadi budak sekolah).... untuk sem 2 nanti baru aku meletakkan harapan dan sesuatu target (sasaran pointer).... semoga segala urusan aku kat dunia ni di permudahkan oleh_Nya dan aku akan dapat n terus menjadi GENERASI HEBAT..... Amin.....  To all my friends kat UPM ni... Insha’Allah.. panjang umur, ada rezeki jumpa are lagi untuk sem 2 nanti...
Sekian dulu nukilanku buat kali ini.... wassalam _adiossss..
(nantikan nukilanku yang selanjutnya)

Monday 2 January 2012

OPSSS!! TERLAMBAT SUDAH

SELAMAT  TAHUN  BAHARU  2012 (Inilah Kisahku 2011)....
Assalamualaikum.....
Selamat tahun baharu 2012..... di malam thun baru ni, bukannya aku nak cari pasal... or nak cari gaduh... mahupun nak story mory pasal orng lain.... tetapi.... aku nak story about diriku... or yang lbih tpat skali aku nak story about kisah diriku di sepanjang tahun 2011 yang lalu.... emmmm... ramai orng cakap ‘barang or kisah yang dah lepas jangan dikenang’... n x kurang jugak ada yang ckap ‘kita perlu pandang trus kedepan.. jgan toleh kblakang’... brasaskah ia???? Emmmm bagi aku walau ape pon yang berlaku.. ya!!! memang aku kena trus maju n mengadap ke hadapan... namun... aku jugak kna tgok2 sesekali kebelakang... sebab pekara yang lepas2 are yang tlah mendewasakan aku... jatuh.. bangun... sedih.. tawa... duka.. suka... hiba.. gembira... segalanya menjadi rencah dalam sisi hidupku di tahun 2011... (macam main masak2 pulak kihkihkihkih....)
Tahun 2011 telah membawa aku ke satu alam yang baharu.... iaitu alam “UNIVERSITI”... Menjadi mahasiswa memang impian ku sjak dulu lagi.... lagi bertambah gembira pabila aku menjadi mahasiswa bagi universiti idamanku... mana lagi kalau bukan UPM.... huhuhuhu.. ni smua terjadi disebabkan kuasa ALLAH.... mungkin jodoh aku dgan UPM.... hihihihi... x lupa jgak berkat doa mak n family... para pendidik (t’utama cikgu2 fm 6 n smtek.)... para shabat ku.... rakan2.... kawan2.... n smua yang terlibat.... thank you smua....
Tahun 2011 juga telah meletakkan aku di alam pekerjaan.... mana lagi kalau bukan di industry perkilangan... kerja pilihan budak2 lepas abeh sekolah... hahahahaha... walaupon pgalaman yang ditimba hanya sebulan.... namun ia cukup menyiksakan.... hehehehehehe.. mintak simpang are aku kembali kealam pekerjaaan di sector itu lagi.... bagai dihempap tiang letrik aku kerja masa 2... tapi disitu jugak are aku mengenali erti susah n payah orng2 yang bekerja...
2011 jugak telah memberi ruang dan peluang kpada diriku... yeke?? Salah tu.... di tahun 2011 jugak ALLAH telah menberi ruang dan peluang kpada diriku.... untuk mencuba sesuatu yang baharu... emmmm... sesuatu yang aku sendiri tak duga yang aku boleh melakukannya... walaupon...... still msih bertatih lagi.... ape ‘sesuatu’ 2??? Lu pikirlah sendiri....
Macam2 warna yang telah tercalit dalam sejarah kehidupan ku sepanjang tahun 2011.. mana nya dapat sahabat n rakan baharu.... mana nya p tempat2 baru... n segala2nya... penuh corak n bentuk perasaan yang telah aku terjemahkan.... emmm yang paling penting... hobi baru... berBLOGING... n berNOVELING.... hehehehehehe
Dikesempatan ini jugak aku nak mintak MAAF kat semua pembaca... sahabat.. rakan.. kawan2.. dan semua yang begitu terasa dgan penulisanku diBLOG ni... begitu jugak bagi yang terasa dengan perangai... percakapan... penulisan.. perbuatan.. sikap... n segala2nya are dari diri aku yang begitu tak disenangi.... aku pon dah delete semua memori2 yang x da manfaaat 2.... sebab aku nak bukak buku baru... dgan catatan2 yang lebih bermanfaat kepada diriku di tahun 2012 ni.... hehehehehehe.... bersamalah kita terus maju kehadapan dengan niat ikhlas hanya kepada-Nya... dengan azam baru untuk menjadi ‘GENERASI HEBAT’....
ADIOSSSSS...............