Sunday 26 February 2012

TANPAMU.... AKU TERUSKAN....

Assalamualaikum... Nukilan Aku Pada Kali Mungkin Agak Berbeza Sikit.... Tapi Still Berlandaskan Suntikan Emosi, Perasaan, Dan Pengalaman.... Kali Ini Aku Nak Story Sikit Tentang Perasaan Aku Tentang Kasih Sayang Seorang Insan Yang Bergelar Bapa, Ayah, Abah, Walid, Abi, Papa, Daddy Dan Yang Sewaktu Dengannya........
Mungkin Agak Pelik Are Sikit Kenape Aku Nak Story About Insan Yang Amat Bererti Ni... emmm.. MUNgkin Sebab Inspirasi Kot... Hahahahaha.... Or Aku Nak Memberitahu Bertapa Bernilainya Insan Ini Kepadaku.... Or Nak Memberi Kekuatan Kepada Sesiape Saje Yang Mungkin Sekarang Ni Ayah Or Abahnya Sedang Diduga Oleh Yang Maha Kuasa....
Andai Hari Ni Abah Ada.... Mgkin Dia Agak Berbangga Dengan Diriku... Sebab Aku Dapat Menjejakkan Kaki Kat Universiti Dan Mgkin Dia Jugak Yang Akan Menghantar Aku Sewaktu Hari Pendaftaran Dulu... Andai Abah Ada Hari Ni.... Mungkin Dapat Aku Berjemaah Dengan Dia.. Dan Pergi Menunaikan Solat Jumaat Bersama.... Andai Abah Ada..... Tapi... Mungkin Aku Perlu Reda Walaupun Aku Tak Seteguh Karang Dilautan Yang Mampu Mengharungi Badai Ujian Tuhan Ketika Itu....
Abah Pergi Meninggalkan Aku Dan Family Pada Tanggal 26.Feb.2006 Bersamaan Hari Ahad... Ya... Hari Ni 26.Feb.2012 Bersamaan Juga Hari Ahad... Hari Dan Tarikh Yang Sama Abah Di Jemputnya 6 Tahun Yang Lalu..... Sedih??? Emmm Kau Rasa??? Mgkin Yang Dah Mengalaminya Tau Ape Yang Aku Rasa... 
Pemergian Abah Tlah Mnjadikan Aku Lebih Kuat Untuk Mgharungi Kehidupan Aku Kini.... Pemergian Abah Jugak Menjadikan Aku Lebih Menghargai Bapa2 Yang Berada Diluar Sana... Pemergian Abah Jugak Menjadikan Aku Bertekad Untuk Menjadi Seorang Bapa Yang Terbaik Di Diunia Ini.... Pemergian Abah Jugak Menjadikan Aku Bertekad Untuk Menamatkan Apa Yang Telah Aku Mulakan Walaupon Tanpa Sokongan Abah Dibelakangku...




...Gambar kenangan raya tahun 2007 bersama 'abah'
        ....Gambar kenangan raya 2011 tanpa 'abah'...

Wednesday 8 February 2012

TABAH, REDA DAN KUAT MENEMPOH UJIAN_NYA DUHAI SAHABATKU....

SALAM.... MACAM-MACAM YANG BERLAKU SEPANJANG CUTI SEM AKU KALI NI... TETAPI YANG PALING MENDEBARKAN APABILA AKU TERIMA 2 BERITA YANG MENGEMPARKAN DARIPADA 2 ORANG SAHABAT AKU.. FIRST, CERITA BAPAK KEPADA KOS MATE AKU DIKHABARKAN KOMA.... TAK TAULAH SEKARANG NI BAGAIMANA KEADAANNYA...AKU TAK TAU NAK BAGI KATA2 PERANGSANG APE KAT KAWAN AKU NI SELAIN DARIPADA SURUH BERSABAR DAN BANYAK2KAN BERDOA UNTUK BAPAKNYA TU.... WALAUPON AKU ADA PENGALAMAN KEHILANGAN ORANG YANG AKU SAYANG.. TAPI SITUASINYA AGAK BERBEDA DENGAN SAHABATKU INI.... APA YANG MAMPU AKU LAKUKAN IALAH MENDOAKAN YANG TERBAIK BUAT BAPANYA ITU.... SEMOGA BAPANYA SEDAR DARI KOMA DAN SIHAT SEPERTI SEDIAKALA.... APA YANG BERLAKU KEPADA SAHABAT AKU NI MUNGKIN ADA HIKMAH DISBALIKNYA.. BENAR KATA2 CIKGU AKU KAT SEKOLAH... ALLAH TAK AKAN MENURUNKAN SESUATU UJIAN YANG BERAT KEPADA HAMBA-NYA SEKIRANYA HAMBA-NYA TU TAK KUAT UNTUK MENGHADAPINYA..... INGATLAH SESUNGGUHNYA SETIAP UJIAN YANG ALLAH UJI SEKIRANYA DIHAPAPI DENGAN PENUH KESABARAN DAN REDA KEPADA-NYA INSYA_ALLAH ALLAH AKAN MERINGANKAN BEBAN HAMBANYA ITU... APA YANG AKU HARAPKAN SEMOGA UJIAN YANG SAHABAT AKU DAN FAMILY DIA TEMPOH NI BERAKHIR DENGAN SESUATU YANG INDAH DAN MENGEMBIRAKAN.. AMIN... 
SEMALAM PULAK AKU TELAH DIKEJUTKAN DENGAN BERITA YANG JUGA MENDUKACITAKAN... IAITU ABANG KEPADA SAHABAT SEKOLAH AKU KEMALANGAN... DAN AKU MENEMANI SAHABAT AKU NI KE HOSPITAL... MULA2 AKU INGAT KEADAAN ABANG DIA TAK ARE BERAPA TERUK... TAPI AGAK PARAH JUGA KEADAANNYA... PUNCA KEMALANGAN AKU PON TAK BERAPA NAK PASTI... KINI ABANG SAHABAT AKU NI BERADA DI ICU.... SEMPAT ARE JUGAK AKU MELIHAT KEADAANNYA.... TAK TAU AKU NAK GAMBARKAN BAGAIMANA... TAPI AKU DOAKAN KEADAANNYA STABIL DAN SEDAR ARE DARI KOMA... SEMOGA DIA KEMBALI SIHAT SEPERTI SEDIAKALA.. AMIN... APA YANG AKU BOLAH NAK KATAKAN KEPADA SEMUA... MALANG MEMANG TAK BERBAU, JADI KITA PERLU ARE BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU OR MENUNGGANG DI JALAN RAYA... MEMANG KITA TAK MENJANGKAKAN KEJADIAN BURUK AKAN MENIMPA DIRI KITA.... INGAT ARE SELOGAN JALAN RAYA... PANDU CERMAT JIWA SELAMAT... DAN INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG... AKU PON MENDOAKAN AGAR SAHABAT AKU NI DAN FAMILY DIA JUGA TABAH, SABAR DAN REDA DENGAN KEJADIAN INI.... SEMOGA SEGALA DOA YANG BAIK BUAT ABANG SAHABAT AKU NI DI PERKENANKAN OLEH_NYA.. AMIN


AKU SELITKAN KAT SINI SEDIKIT PANDUAN:
Bagaimana Melayani Pesakit Koma
Sepanjang menghadapi saat-saat genting begini, sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan sangat membantu. Pesakit sudah tidak berdaya dan mereka memerlukan rawatan istimewa dan sokonganyang padu. Di sini adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan jika berada di dalam situasi ini;
  • Bercakap dengan pesakit dengan nada suara yang biasa. Anda tidak perlu mengeraskan suara. Pesakit mungkin mendengar suara anda, walaupun mereka tidak memberi respon. Bicarakan dengan mereka perkara-perkara biasa yang selalu ia lalui sebelum itu. Tentang masa, tentang keluarga, dan kisah-kisah manis yang pernah dikongsi bersama.
  • Sentuh dan belai mereka. Sentuhan anda tidak akan menyakitkan mereka. Anda boleh membantu jururawat menggosok belakang badan pesakit sambil anda berbiara dengannya. Sentuhan ini akan lebih meransang sarafnya untuk kembali aktif.
  • Pasangkan muzik yang pesakit suka dengar dan mendamaikan, atau bacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Lantunan irama berupaya menggetarkan mindanya, dan mungkin sangat membantu.
  • Bawa bersama-sama anda gambar keluarga dan labelkan nama-nama pada gambar tersebut. Apabila pesakit membuka mata, ia mungkin masih keliru, tetapi gambar ini membantu ia mengingat kembali.
  • Anda boleh meransang pesakit dengan menyemburkan wangian yang ia suka di bilik rawatan.
Melakukan banyak rangsangan seperti di atas mungkin boleh membantu. Namun, jika terlalu kerap, pesakit mungkin tidak dapat mengenalpasti dengan baik. Terlebih ransangan bleh menyebabkan pesakit letih, dan mula bernafas dengan pantas. Jika ini berlaku, anda boleh meninggalkan bilik pesakit dan biarkan ia berehat seketika.